Followers

Tuesday, October 29, 2013

Si comot yang baik hati dalam kenangan.

Comot datang ke rumahku awal tahun ini, kucing ini bermata bulat,,,bundar namun matanya sering tersembunyi apabila dipotretkan kerana sewarna dengan bulu....waktu cikgu Suzianah (rakan sesekolah dan jiran setaman) menghadiahi comot kepadaku,..usianya baru 6 bulan namun tubuhnya agak besar kerana mempunyai genetik maine coone...kedatangannya menyerikan hidup kami...semasa itu aku sedang kesedihan kerana kehilangan 3 kucing peliharaan iaitu si Tecik, Gemon dan Cebon. Comot pada perkiraanku adalah kucing yang sangat baik dan agak pendiam..

 Comot dan abangnya Messi, sangat akrab...kini Messi berada dalam jagaan cikgu Suzianah semula setelah aku membelanya seketika,..semasa comot tiada,..Messi tak tahu..


Awal bulan Ogos, Comot mengandung dan selamat melahirkan 2 ekor baby kitten yang sangat comel..pada 21 hb September 2013..(pada tarikh yang sama dengan pemergian Pak Su Cha - seorang saudara yang sangat baik)
..diberikan nama cumi dan ciki...masih segar dalam ingatan ketika ingin melahirkan, comot seolah memberitahuku dan akulah yang membidankannya dari awal malam (9.00 malam) sehingga jam 2 pagi...merawatnya..dan memberimya semangat...sememangnya comot kucing yang amat baik,,,anak2nya tidak pernah dibiarkan berselekeh, akan dijilat sesungguhnya sehingga bersih...

....kelmarin 29 hb Oktober genaplah usia anak2 bulus ini 38 hari..namun sesuatu yang tidak disangka2 menjengahkan duka dalam hidup kami sekeluarga...rupanya ada sebab mengapa comot tak nak berikan susunya pada anak2 seminggu kebelakangan ini,..dia sakit dan murung,..diberi ubat demam namun keadaannya semakin tenat sehinggalah jam 11 malam comot pergi dalam keadaan yang tidak terjejas bentuk fizikalnya dan langsung tidak berbau .....kami semua meredhakan ...

Si comot di saat2 terakhir bersamaku, pada jam 8.30 malam 29 Oktober 2013 (Selasa) semasa ini kuusahakan memberikan air kelapa namun takdir Allah mengatasi segalanya...comot yang baik hati ini pergi meninggalkan kami pada jam 11.00 malam dan selamat disemadikan pada jam 12.00 malam.
.
 Anak-anak dari zuriat comot,..si Cumi (betina) dan Ciki,.(jantan)..yang mewarisi comel ibunya dn juga baik seperti sifat ibunya...tak banyak karenah,..senang jaga dan menceriakan suasana..semoga mereka terus hidup lama bersamaku...

 Si Cumi yang sangat montel dan comel...memandangnya membuatkan hati jadi tenang dan lapang..

Si Ciki yang aktif dan keletahnya yang sangat menghiburkan..

Setelah setahun bersamaku,..dapatlah aku golongkan bahawa Comot memang terbaik,..jika seorang manusia,..dia adalah ibu solehah...apatah lagi..sebelum ini dia pernah menyusukan 2 anak kucing sahabatku, cikgu Haliza yang kekurangan susu..dibelainya dengan penuh tanggungjawab sehinggalah saat2 terakhirnya...kini comot sudah tiada...kuabadikan kenangan ini bersamanya semoga kami sentiasa mengenangnya pada setiap detik hidup kami..terima kasih comot...

Yang amat tragis ialah apabila suamiku yang sebelum ini tidak menyukai kucing,..kini berubah seratus peratus!.pada hari kematian comot beliau telah membawa balik sangkar besar (rumah) untuk kucing2 kami..dan sempat juga diambilnya si comot dan dimasukkan ke dalam istana baru mereka..

Rumah kucing yang ditempah khas buat si comot dan dipasang pada hari yang sama dengan pemergian comot.
Begitulah kisah sebuah kasih sayang,..walaupun ramai yang tidak memahaminya...hanya yang merasainya sahaja yang memahaminya....kucing amat memberi makna dalam hidup kami sekeluarga...

p/s - sebenarnya terlalu banyak sifat kucing yang menyamai manusia dan begitu pula sebaliknya...ikuti pengalamanku mengenai kucing di sini.