Followers

Saturday, January 5, 2013

Buah nipah...rugi kalau tak pernah rasa!

Buah nipah,..aku membesar bersamanya,..zaman kanak-kanak yang penuh kenangan,..selepas kelas menagaji al-Quran pada waktu petang, aku dan kekawan mencuri sedikit masa untuk meredah dan membuat ekplorasi ke serata kampung,..apa yang kami cari...?...jalan-jalan cari makan le...jumpa pokok buah-buahan kami panjat,..antara pokok yang sempat aku panjat ialah pokok asam...hebat kan?..ha ha ha,.zaman kanak-kanak yang indah...selain itu aku suka mencari buah nipah...maklum saja aku tinggal kat kampung yang masa itu masih dipenuhi dengan kawasan berpaya,..banyak la lagi spesis ni...yang hebatnya masa tu..lebih kurang umur 10 tahun,..aku bebas berkawan dengan rakan lelaki sekampung,..masyarakat kampung amat rapat hubungannya...mesra seperti adik beradik dan tidak pula berlaku perkara yang tak di ingini seperti sekarang...

Masih kuingat lagi..hutan nipah berpaya macam nilah yang menjadi tempat aku dan kawan-kawan mencari buah nipah, selain itu kami turut mencari ikan sempilai....

Ikan sempilai ni lebih kami kenali dengan nama ikan "Kharin"...memnjadi kegilaan bebudak kampung zaman dulu...kalau nama glamour ikan ni sekarang ialah ikan laga..

Biasanya kalau nak cari buah nipah kenalah bawa golok atau parang sebab nak ambil buahnya tu perlukan benda tajam...kesedapan buah nipah ni masih teras hingga kini...walaupun hampir 30 tahun aku tak pernah makan...selepas keluarga berpindah ke bandar,..aku dewasa dan kini hampir menjadi warga emas...rasa teringin sangat nak menjamah semula...hingga kini hajat tu tak tercapai...hanya ku abadikan sikit kisah aku dan buah nipah ni sebagai rujukan anak cucu nanti..


Inilah rupa buah nipah yang sudah matang....buah ni berkumpul dalam satu tandan,..dlam satu tandan mungkin terdapat 30 - 40 biji buah.












Inilah sebiji buah nipah yang sudah dileraikan dari tandannya...dan sudah dibelah.....Ya allah,..lihatlah isinya yang jernih seperti jeli.....rugilah sesiapa yang tak sempat merasanya...









Isi buah nipah yang sudah dikumpulkan. Proses yang agak memenatkan. Inilah buah yang menjadi igauan indah sehingga kini..aku berdoa agar aku dapat menjamahnya lagi suatu hari nanti..in Syaa Allah.

4 comments:

  1. Assalam... sedap eh...hmmmm .. susah nak jumpa...takdak org juai kat pasar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedapppp sangat mamawana,...mungkin rasanya iras2 buah "nau" yang selalu kita jumpa dalam ABC.....tapi lebih sedapppp...rindu sangat...

      Delete
  2. Saya baru jer dpt makan minggu lepas. Kisah kita macam sama jer.

    ReplyDelete
  3. salam...kak nk mkn buah ni kol la sy..di kelantan byak lagi buah ni... suami sy selalu jgk la pergi cari.. 0139646728

    ReplyDelete