Followers

Saturday, January 5, 2013

Apa yang ada pada air kelapa muda


Aku sangat suka minum air kelapa...mungkin sejak aku dilahirkan itulah satu-satunya air mewah yang aku boleh dapat di desa sendiri....sehingga kini air kelapa yang dulunya diminum oleh orang kebanyakan sudah naik darjatnya hingga ke hotel-hotel lima bintang...
Kelapa muda mempunyai banyak cerita dalam hidupku,..kekadang senyum sendiri bila mengenangkan betapa obsesnya aku terhadap anugerah Allah yang unik ini....namun kisah itu biarlah tersimpan dalam memori sahaja he he...maluuuu..

Apakah kelebihan Air Kelapa Muda? 
Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia.

Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. Air Kelapa Muda telah “menyelamatkan nyawa” ramai penduduk Dunia Ketiga melalui kaedah perubatan tradisional dan petua, tapi kita mungkin tidak perasan.

Tanda-tanda keracunan
muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah. Hanya minum air kelapa muda sebiji.

H1N1 dan selesema burung
Air kelapa muda dicampur dengan madu dan kurma

keracunan cendawan
air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli. la juga amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

Demam campak, demam kuning dan demam panas
Untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis.

Buang racun
Selain bekam, minum air kelapa muda boleh membuang racun dalam darah.

Ibu mengandung
Selain itu, kepercayaan dulu juga disarankan ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.

sumber :
http://melayukini.net/2012/10/khasiat-air-kelapa-muda-menarik/

No comments:

Post a Comment