Followers

Wednesday, October 19, 2011

Bingka Labu

Kadang kadang selera makan aku menjadi-jadi...nak makan sesuatu tetiba je,..suatu hari aku ternampak labu kat pasar,..dlm fikiran dah terbayang apa yang nak dibuat...haaaa bingka labu. So aku pun sempat jugak snap gambar proses nak bingkakan si buah labu ni sebagai warisan buat anak-anak gadisku yang rajinnnnn sangat memasak tu...ok ni dia...

Bingka Labu

Bahan-bahan -
2 biji labu saiz kecil (anggaran 2 kg)
2 cawan pati santan
1/2 tin susu cair
6 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
seketuk gula kabung
400 gram tepung beras
2 camb tepung jagung

Berikut aku sertakan langkah demi langkah....bergambar lagi...kalau tak pandai pun bole buat,..

1. pukul telur dengan susu cair, masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau agar tidak berketul

2. Sebelu itu, labu mestilah direbus atau kukus , dadukan sedikit...dan lumatkan yang selebihnya.

3. Dalam periuk masukkan 2 cawan pati santan bersama 1 1/2 cwn gula pasir dan sedikit gula kabung, kacau atas api perlahan. Masuk sedikit garam.

4. masukkan labu lecek dan bancuhan telur dan tepung tadi.

5. kacau atas api yang perlahan sehingga kental sedikit.

6. Curahkan adunan tadi ke dalam dulang yang disapu sedikit minyak dan bakar selama 40 minit sehingga masak.

Akhirnya siap le bingka labu....jom makan, sedap sangatttt tapi ha ha ha tanggung sendiri la kalori tu ye..

No comments:

Post a Comment